Search
  • Anak Istimewa

3 cara nak buat jika murid atau anak sendiri masih belum pandai memegang pensel


Antara rungutan guru-guru pendidikan prasekolah dan pendidikan khas yang didengari.

"Tangan pun lembik dan lemah sahaja (lower muscle tone)."

"Kat sekolah kena banyak pegang pensel."

"Kadang-kadang saya tolong anak murid saya pegang pensel dan menulis, tapi mata dia tak pandang kertas pun."


Pegangan pensel adalah salah satu daripada 'school readiness' skills

Tidak boleh memegang pensel tandanya murid tersebut belum bersedia untuk menulis dan belajar, guru tidak boleh 'expect' mereka boleh belajar seperti dalam kelas yang guru mengajar di depan (you can imagine right?)


🌋Kalau masih tidak boleh memegang pensel, apa cikgu nak buat?


1️⃣ Lakukan aktiviti menguatkan otot tangan dan bahu. Banyak aktiviti kemahiran motor kasar yang boleh dilakukan.

2️⃣ Perbanyakkan aktiviti yang melibatkan gerakan memicit, memulas, meramas, mencucuk dan meregang pada otot bahagian tangan.

3️⃣ Buat aktiviti pembelajaran tanpa pensel dan kertas. Maksudnya, murid masih belajar walaupun belum pandai pegang pensel dan menulis! Macam mana tu? Hmmm... kena buka mata dan minda untuk tahu caranya 😅



Dalam gambar itu satu contoh ‘no pencil and paper activities’

Boleh integrate dalam pembelajaran dan aktiviti kognitif juga!

😄😄

0 views

© 2019 Mahfuzah Zainol