Panduan Pengajaran Dalam Pendidikan Khas  Kemahiran Mewarna Dan Menulis

Buku berbentuk panduan ini dihasilkan untuk memberi panduan kepada ibu bapa dan guru dalam mengajar kanak-kanak dan kanak-kanak berkeperluan khas kemahiran mewarna dan menulis.

 

Penghasilan buku ini adalah daripada koleksi hasil intervensi kemahiran motor halus untuk kemahiran mewarna dan menulis terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Hasil intervensi ini telah dikumpul dan dikembangkan untuk dikongsi menjadi panduan dan rujukan yang boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa dan guru.

 

Buku panduan ini mempunyai 6 fasa kemahiran mewarna dan 5 fasa kemahiran menulis. Buku ini juga turut membincangkan tentang posisi yang sesuai, jenis genggaman pensel dan lembaran kerja untuk kemahiran mewarna dan menulis mengikut perkembangan kanak-kanak. Buku ini dipersembahkan dengan gambarajah aktiviti serta senarai semak yang boleh digunakan oleh guru dan ibu bapa bagi menilai tahap kemahiran kanak-kanak dalam aktiviti mewarna dan menulis.

 

Buku ini sesuai untuk dijadikan panduan oleh guru bagi kegunaan setiap kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah. Kegunaan buku ini juga tidak terhad hanya kepada kanak-kanak berkeperluan khas, malah boleh digunakan bagi melatih kanak-kanak tipikal dalam aktiviti kemahiran mewarna dan menulis

Isi Kandungan

Contoh Gambar Dalam Buku

© 2019 Mahfuzah Zainol

‚Äč