KIT ZARAAFA KEMAHIRAN MOTOR HALUS

Penghasilan kit ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak berkeperluan khas ketika belajar dan bermain.


Kemahiran motor halus amat penting untuk kanak-kanak istimewa sebagai persediaan untuk memegang pensil dalam pembelajaran agar mereka dapat belajar seperti kanak-kanak tipikal lain. Fokus utama permainan dalam kit ini ialah untuk merangsang perkembangan memanipulasi jari-jemari kanak-kanak berkeperluan khas.


Kit kemahiran motor halus ini merupakan kit yang dibina berdasarkan 10 aktiviti kemahiran motor halus yang membantu kanak-kanak menguatkan kemahiran memanipulasi jari-jemari.

 

Ia menggabungkan jenis aktiviti kemahiran motor halus berserta panduan pelaksanaan dan penskoran yang lengkap mengikut fasa-fasa tertentu. Kit ini boleh digunakan sebagai alat untuk melatih kemahiran motor halus kanak-kanak melalui cara yang lebih sistematik dan tersusun.

 

Kesemua 10 aktiviti dalam kit ini telah disusun mengikut pemeringkatan cara bermain daripada mudah kepada yang lebih susah.

Kit ini diinovasikan untuk membantu guru yang mengajar murid berkeperluan khas dalam melaksanakan aktiviti belajar sambil bermain di samping menguatkan otot jari-jemari mereka.

 

Ia boleh digunakan dalam matapelajaran kemahiran manipulatif.Kit ini juga diilhamkan untuk membantu guru pendidikan khas merancang Rancangan Pendidikan Individu (RPI) setiap murid berkeperluan khas.

 

Kit ini berguna kepada ibu bapa untuk meluangkan masa bermain bersama anak-anak atau menjadikan ia sebahagian daripada modul homeschool. Kit ini boleh digunakan oleh terapis carakerja yang melaksanakan intervensi terapi carakerja kepada kanak-kanak bagi meningkatkan kemahiran motor halus.

KIT INI SESUAI UNTUK SIAPA YA?

Kanak-kanak istimewa berumur 2 hingga 13 tahun.

© 2019 Mahfuzah Zainol