Teknik Intervensi Berfokus Dalam Pembelajaran Murid Berkeperluan Khas

Buku ini merupakan buku berkenaan intervensi yang sering dilakukan oleh terapis carakerja yang berfokus kepada kanak-kanak mengikut permasalahan yang dihadapi.

 

Buku ini merungkai intervensi berfokus yang boleh digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah sensori, mengekalkan tumpuan, kemahiran kognitif, kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar dan komunikasi sosial.

 

Buku ini dipersembahkan dengan jelas berdasarkan permasalahan kanak-kanak tersebut, mengikut objektif intervensi, justifikasi, pendekatan yang digunakan, intervensi yang digunakan, matlamat, teknik dan pemeringkatan aktiviti intervensi.

 

Buku ini juga memberi gambaran yang jelas berkaitan langkah-langkah yang dilakukan dalam setiap intervensi.

Isi Kandungan

Contoh Gambar Dalam Buku

© 2019 Mahfuzah Zainol

‚Äč