Panduan Pengajaran Dalam Pendidikan Khas Kemahiran Mengunting

Buku berbentuk panduan ini dihasilkan untuk memberi panduan kepada ibu bapa dan guru dalam mengajar kanak-kanak dan kanak-kanak berkeperluan khas kemahiran menggunting.

Penghasilan buku ini adalah daripada koleksi hasil intervensi kemahiran motor halus untuk kemahiran menggunting terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Hasil intervensi ini telah dikumpul dan dikembangkan untuk dikongsi menjadi sebuah buku sebagai panduan dan rujukan yang boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa dan guru.

Buku panduan ini mempunyai 11 fasa perkembangan kemahiran menggunting bermula daripada kemahiran pra menggunting sehinggalah kemahiran menggunting bentuk kompleks. Buku ini mempunyai asas pengenalan kepada kemahiran menggunting seperti cara memegang gunting dengan betul mengikut kesesuaian dan keselesaan kanak-kanak.

 

Buku ini dipersembahkan dengan lembaran aktiviti serta senarai semak yang boleh digunakan oleh guru atau ibu bapa bagi menilai tahap kemahiran kanak-kanak dalam kemahiran menggunting.

Buku ini sesuai untuk dijadikan panduan oleh guru bagi kegunaan setiap kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah. Kegunaan buku ini juga tidak terhad hanya kepada kanak-kanak berkeperluan khas, malah boleh digunakan bagi melatih kanak-kanak tipikal dalam aktiviti kemahiran menggunting.

Isi Kandungan

Contoh Gambar Dalam Buku

© 2019 Mahfuzah Zainol